This Week's/Trending Posts

Hand-Picked/Pilihan Warna

Most Popular/Pokok Landskap

Hand-Picked/Pilihan Warna

The Most/Recent Articles

Kenapa Pilih Pagar Putih Untuk Rumah Kecil Kami?

Kenapa Pilih Pagar Putih Untuk our small home? Sebab kami berangan nak ada style rumah Inggeris. Itu sebab pagarnya warna putih. Saya memang fanatik dengan english look for my small home dan semuanya bermula dengan warna putih. Pada mulanya En suami kata akan cepat kotor pagarnya, saya kata tak mengapa. Kerana saya akan jaga selagi boleh. Hehe..

Pagar rumah kami adalah pagar moden dan menggunakan gaya sliding, antaranya supaya jimat ruang untuk buka atau tutup pagar utama tersebut.

Kenapa Pilih Pagar Putih Untuk Rumah Kecil Kami?

Kenapa Pilih Pagar Putih Untuk Rumah Kecil Kami?

Kenapa Pilih Pagar Putih Untuk Rumah Kecil Kami?

Ramai rakan-rakan suami yang lalu dan singgah akan berasa pelik pada awalnya, hingga mereka menyangka pagar elektrik kami hantar repair dan sebagainya.

Namun bila En suami tekan alarm pagar, semua terkejut. Bermakna pagar putih kami dah buat magic, seperti rumah kami tak ada pintu pagar. Hehe,.

Kos pagar dan pemasangannya mencecah lebih RM5K kerana ia menggunakan besi yang padu dan ditempah khas untuk rumah kami. Hasilnya memang memuaskan hati.

Kenapa Pilih Pagar Putih Untuk Rumah Kecil Kami?

Kenapa Pilih Pagar Putih Untuk Rumah Kecil Kami?

Dan sekarang, usia pagar elektrik tu pun sudah masuk 5 tahun, kerana ia dipasang pada ketika Covid-19 dahulu.

Semoga bermanfaat.

Shopping Pasu Dan Pokok Bunga Keladi Calathea Untuk Laman Comelku!

Shopping Pasu Dan Pokok Bunga Keladi Calathea Untuk Laman Rumah. Hai korang.. selamat berhujung minggu. Buat apa pagi ni? Yang bekerja, kerjalah rajin-rajin. Yang bercuti, meh lah kita turun ke kebun. Pasu ada tapi tanah dah habis. Maka hidupkan enjin kereta, kita pegi melawat kebun bunga orang. Mana tau ada yang terpikat, kita sambar lah.. betul tak?

Oh ya, bila kita dah terbiasa berbakti depan komputer lama kelamaan otak pun dah macam robot. takde seni langsung. Tetapi bila kita berbakti pada tanah dan tumbuhan, secara tak langsung ia akan mendoakan kita kembali dengan izin dan cara yang Allah aturkan. Betul tak?

Dalam pukul 10.30 pagi, saya keluar sorang-sorang sebab En suami kerja. Sampai kat nursery yang jaraknya 15 minit dari rumah,, saya disambut oleh seorang lelaki Bangladesh yang tersenyum manis. Rajin dia orang follow dan layan pertanyaan saya. Bila dah tanya, belek dan pegang pokok bunga, maka dapatlah tangkapan seperti dalam gambar kat bawah ni.. 

Shopping Pasu Dan Pokok Bunga Untuk Kebun Kecilku

Gambar atas dan bawah adalah pokok keladi Calathea Lutea yang sudah saya pindahkan ke dalam pasu. 

Shopping Pasu Dan Pokok Bunga Untuk Kebun Kecilku

Dan gambar di bawah ini adalah tangkapan yang saya dapat.. hehe

Saya beli tanah sawit 4 kampit besar, tanah campur 6 kampit sedang, batu sungai, pokok keladi Calathea 2 pokok dan satu pokok bunga cina. Saya pesan tolong bagi pokok bunga yang dah besar. Haha.. sabar je adik bangla tu layan kakak sorang ni. Oh ya.. beli pasu lagi 3 ketul. Warna pilihan mestilah putih. Nak macam english garden gitu...  

Shopping Pasu Dan Pokok Bunga Untuk Kebun Kecilku

Shopping Pasu Dan Pokok Bunga Untuk Kebun Kecilku

Bonet kereta my Black Knight pun penuh sendat. Tapi alhamdulillah.. dapat semua apa yang saya nak. Memang azam tahun 2026 antaranya saya nak tanam pokok bunga banyak-banyak. Nak berbakti pada tanah pulak..

Bila bangun pagi sebelum pergi kerja, boleh cuci mata, sejukkan hati dan minda.

Korang pulak suka tanam bunga apa? Semoga tanaman yang korang semai hidup subur dan menyejukkan bumi.

Disyorkan Untuk Anda:

Get this widget